Maybank secara konsisten terus melakar prestasi operasi yang membrangsangkan, apabila pertumbuhan 3 bulan pertama tahun ini merekodkan untung bersih sejumlah RM2.59 bilion. Perolehan itu sekaligus menunjukkan lonjakan 4.02% berbanding untung bersih yang diraih pada tahun lalu suku pertama sekitar RM2.49 bilion.
Perkembangan ini antaranya didorong margin faedah bersih yang stabil, diikuti kualiti aset yang lebih baik bersama pengurusan kos perbankan yang lebih berdisplin.
Melihat pada pertumbuhan itu, Maybank optimis untuk terus kukuh kedudukan mereka di pasaran ASEAN menerusi penyertaan perdagangan, pelaburan baharu serta akses rentas sempadan.