Malaysia terus konsisten mengekalkan prestasi negara menjadi antara 5 negara pengisar koko terbaik dunia dengan rekod 370,000 tan biji koko setiap tahun disamping miliki pelbagai jenama produk koko terkenal.
Prestasi ini sekaligus memperlihatkan aliran eksport koko Malaysia meningkatkan lebih baik dengan lonjakan 29% kepada 690,000 tan pada 2024 bersama nilai RM15 bilion.
Jelas Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), prestasi ini antara lain disumbangkan usaha negara dengan meluaskan pengeluaran biji koko pada sektor huluan bersama kerjasama Lembaga Koko Malaysia. Di mana pengeluaran biji koko meningkat 65% kepada 445 tan pada 2024.
Secara menyeluruh, Malaysia kini dalam usaha meningkatkan semula penanaman koko bagi merangsang kembali kawasan dan tanaman pengeluaran koko negara. Ia tidak sekadar menangani isu kekurangan biji koko di peringkat global tetapi turut membantu peladang negara meraih pendapatan yang lebih baik di pasaran semasa.