Artikel

SSM Pertahan Tindakan Hadkan Akses Data Pemilikan Benefisiari, Selaras Amalan Global 

Berikutan terdapatnya kebimbangan yang dibangkitkan Transparency International Malaysia (TI-M) susulan pengenalan peraturan baharu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menghadkan akses maklumat pemilikan benefisiari (BO) hanya kepada pihak tertentu sahaja. Ini bermakna jika terdapat pihak ingin melihat data tersebut perlu laksana permohonan fizikal dan kelulusan bertulis.

Tindakan itu dilihat sekadar menjadi penghalang kepada pihak yang lain dalam membanteras salah guna kuasa dan ketirisan dana awam.

Memahami kesulitan itu, SSM secara tegasnya mempertahankan tindakan tersebut. Menurut laporan TheEdge, peraturan di bawah Akses Daftar dan Maklumat Berkaitan Pemilikan Benefisiari 2025 ini adalah selaras dengan amalan antarabangsa dan menjaga kepentingan keselamatan Malaysia.

Ini kerana penguatkuasaan yang dilaksanakan pada 10 Januari lalu adalah mengimbangi ketelusan bersama tindakan perlindungan data peribadi pihak terlibat. Tidak sekadar Malaysia, bahkan amalan ini turut diterapkan kalangan negara Asean yang lain seperti Singapura, Thailand, Indonesia, China, Jepun dan Korea Selatan. Yang mana menghadkan akses data BO kepada badan kawal selia dan kerajaan sahaja.

Setakat ini lebih 636,000 syarikat aktif di Malaysia iaitu lebih 92% daripadanya telah mematuhi keperluan pelaporan BO tersebut dan kelak SSM akan mengumum peraturan akses yang sama bagi pelaboran berkaitan perkongsian liabiliti.

Penguatkuasaan ini jelas SSM dilaksanakan dengan tegas. Ini bermakna jika didapati individu berkaitan sengaja memberi maklumat palsu maka pihak tersebut boleh berdepan dengan sehingga RM3 juta tau hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Secara menyeluruh difahamkan ketika ini pihak yang boleh mengakses BO adalah pemilik benefisiari, wakil sah syarikat, agensi penguatkusaan di bawah Akta Pecegahan Pengubahan Wang Haram, institusi pelapor dan Kementerian Kewangan (MoF).

Data pemilikan benefisial merujuk kepada data berkaitan orang yang memiliki atau mengawal syarikat secara langsung dan tidak langsung. Ia termasuklah individu yang memiliki syarikat tersebut tidak sekadar melibatkan pemegang saham formal semata.