Artikel

Pos Malaysia Berdepan Kerugian Besar RM41.5 Juta – Bagi 3 Bulan Pertama Tahun Ini

Berbanding suku pertama tahun 2024, Pos Malaysia bagi suku pertama tahun ini memaparkan rekod kerugian yang lebih besar dengan catatan RM41.5 juta. Prestasi ini terkesan susulan segmen pos dan logistik diperhatikan lebih rendah berbanding rekod sebelumnya.

Jelas Pos Malaysia, aliran perniagaan tersebut berdepan penurunan 4% pertumbuhan yang mana penyusutan ini melibatkan aktiviti jumlah surat secara pukal dan surat antarabangsa. Sementara segmen logistik pula mengalami penurunan ketara pada rekod hasil kepada RM49.1 juta berbanding RM64.8 juta sebelum ini.

Persekitaran ini didorong penurunan aktiviti pengurusan automotif dan kargo diikuti tempoh pelabuhan kapal yang dicatatkan lebih panjang. Maka kesannya kepada produktiviti Pos Malaysia.

Secara menyeluruh hasil kumpulan juga alami kemerosotan ketara kepada RM467 juta berbanding RM491 juta pada suku yang sama tahun lalu.