Pentadbiran negeri Pulau Pinang kini sedang mempertimbangkan usul akan perubahan reka bentuk baharu bagi projek Laluan Ketiga Pulau Pinang daripada Terowong Dasar Laut kepada jambatan merentasi Selat Pulau Pinang.
Menurut makluman pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, kajian berhubung perubahan rekaan tersebut telahpun dimuktamadkan pada tahun 2023 dan lanjutan kajian tersebut dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Setelah itu barulah kerajaan negeri akan memuktamadkan reka bentuk baharu akan projek tersebut, sama ada diteruskan atau alami perubahan.
Buat pengetahuan umum, projek terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer ini berpotensi menghubungkan jajaran dari Gurney Drive ke Bagan Ajam namun ia masih diteliti akan keupayaan pelaksanaannya. Ini bermakna terdapat kemungkinan perubahan berlaku pada reka bentuk projek itu jika kajian mendapati pelaksanaan tersebut tidak bersesuaian dengan pasaran semasa.