Artikel

Maxim Maklum Kekal Beroperasi Sehingga Rundingan Bersama Pihak Berkuasa Selesai

Setelah mendapat amaran untuk menghentikan operasi khidmat seru-pandu mereka di Malaysia pada 24 Julai kelak – Maxim memaklumkan pihaknya akan kekal beroperasi sehingga keputusan dicapai hasil rundingan bersama pihak berkuasa pengangkutan selesai. 

Ketika ini perbincangan bersama pihak berkuasa sedang dilakukan bagi menyelesaikan segala isu berbangkit dan perbaiki reputasi bersama rakan pemandu.

Buat pengetahuan umum, syarikat induk Rusia ini telahpun menapak di pasaran Malaysia sejak 2019 lagi. Namun kegagalan memenuhi piawaian khidmat seru-pandu di Malaysia antaranya ketiadaan lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam yang sah dan tidak laksana pemeriksaan kenderaan seperti yang ditetapkan dilihat telah menyalahi perundangan negara.

Ketiadaan kriteria ini untuk makluman adalah menyalahi undang-undang negara di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 atau Akta 715 yang diwajibkan oleh APAD. Ia adalah kesalahan di bawah Seksyen 12D(1)(a), yang memberikan kuasa kepada APAD untuk membatalkan lesen pengendali terlibat.