Artikel

AEON Bank Kini Dalam Persediaan Perkenal Akaun Perniagaan – Aplikasi AEON Bank Biz

AEON Bank kini dilihat dalam persediaan untuk perkenalkan akaun semasa perniagaan iaitu aplikasi AEON Bank Biz buat kemudahan pemain ekonomi di Malaysia.

Penawaran ini mula melaksanakan fasa ujian pada laman Google Play Store, di mana jelas AEON Bank pada bahagian soal jawab portal rasminya – permohonan akaun perniagaan ini boleh dilaksana sekiranya syarikat pengguna telah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Namun setakat ini, penggunaan aplikasi tersebut masih di fasa pengujian dan tidak ketahui lagi tempoh sebenar ia dilancarkan kepada umum.

Berdasarkan maklumat lain, akaun ini tidak sekadar tersedia untuk pengguna Android 12 ke atas sahaja tetapi turut akan ditawarkan kepada sistem operasi peranti yang menyokong iOS 15 ke atas. Malah versi laman web AEON Bank Biz turut tersedia buat kemudahan pengguna kelak.