Artikel

CIMB Maklum Notifikasi Transaksi Akan Dihantar Pada Aplikasi CIMB OCTO, Tiada Lagi SMS – Bermula 17 Mei Ini

Mulai 17 Mei ini, CIMB Bank memaklumkan semua notifikasi transaksi akan dihantar menerusi CIMB OCTO sahaja. Penguatkuasaan ini bermakna tiada lagi notifikasi SMS untuk transaksi akan dihantar kepada pengguna CIMB.

Notis itu bermakna sebarang notifikasi transaksi melibatkan CIMC Clicks dan FPX turut akan dihantar melalui aplikasi CIMB OCTO pengguna.

Maka bagi memudahkan urus niaga pengguna, CIMB Bank kini menasihati pengguna untuk memuat turun aplikasi CIMB OCTO dan aktifkan perolehan notifikasi pada bahagian Tetapan > Urus Notifikasi > dan tekan butang Pengaktifan.

Selain makluman ini, CIMB turut memaklumkan pada 17 Mei ini juga akan berlakunya gangguan pada perkhidmatan ATM, MEPS dan CDM bermula jam 12 tengah malam sehingga 8 pagi. Penangguhan khidmat itu susulan berlakunya penyelenggaraan sistem secara berkala.

Menerusi pemberitahuan ini, diharap semua pengguna CIMB peka akan sebarang kesulitan yang berlaku dan merancang aliran transaksi anda dengan lebih awal.