Kesan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, syarikat seru-pandu InDrive dan Maxim kini diarahkan untuk menghentikan operasi berkuat kuasa 24 Julai kelak.
Arahan menerusi Kementerian Pengangkutan (MOT) ini didasari akan kesalahan kedua operasi yang tidak mengikut piawaian kriteria khidmat seru-pandu di Malaysia antaranya ketiadaan lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam yang sah dan tidak laksana pemeriksaan kenderaan seperti yang ditetapkan.
Notis pemberhentian operasi itu dimaklumkan telahpun dihantar oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) namun kedua operasi masih boleh memohon rayuan akan tindakan tersebut. Namun keputusan itu kekal tertakluk di bawah semakan MOT.
Ketiadaan kriteria ini untuk makluman adalah menyalahi undang-undang negara di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 atau Akta 715 yang diwajibkan oleh APAD. Ia adalah kesalahan di bawah Seksyen 12D(1)(a), yang memberikan kuasa kepada APAD untuk membatalkan lesen pengendali terlibat.