Artikel

Apple Alih Pengeluaran IPhone Untuk Pasaran AS Ke India – Bagi Lindungi Margin Kesan Tarif

Langkah Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif import baharu ke atas sebilangan negara ternyata telah memberi kesan kepada pemasaran produk tempatannya yang dihasilkan di luar negara. Perihal ini sekaligus menuntut syarikat teknologi terlibat untuk mengalihkan pemasaran produk mereka ke AS kepada pasaran negara lain.

Apple menjadi jenama yang menggorak langkah sedemikian apabila kini mengalihkan tumpuan pengeluaran produk untuk pasaran AS ke India, susulan China berdepan pengenaan tarif import AS tertinggi.

Jenama Apple menjadi antara syarikat yang terjejas kesan tindakan pentadbiran Trump ini. Tidak sekadar Apple bahkan banyak lagi syarikat teknologi yang lain berdepan kerugian ratusan bilion dolar berikutan tindakan Trump sejak pengumuman tarif import tersebut.

Berdasarkan rancangan semasa, Apple dijangka akan mengalihkan pengeluaran sehingga 60 juta unit iPhone dan akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga selesai sepenuhnya menjelang akhir tahun 2026.