Artikel

Produk Halal Malaysia Ke Indonesia – Kini Hanya Perlu Guna Logo Halal JAKIM

Pengukuhan industri halal Malaysia bersama negara antarabangsa kini terus diperluaskan – antaranya bersama Indonesia. Menerusi kepakatan yang dicapai, produk halal dari Malaysia yang dieksport ke Indonesia dibenarkan untuk menggunakan logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengiktirafan ini sekaligus tidak lagi perlu melalui sebarang prosedur tambahan daripada pihak berkuasa Indonesia.

Langkah yang sama turut dicapai pada pengeluaran Sijil Halal Indonesia di Malaysia. Di mana negara telah bersetuju untuk mengiktiraf sijil halal Indonesia bagi produk halal yang dieksport ke negara. Selain kesepakatan itu, kedua pihak turut bercadang menubuhkan Forum dan Majlis Halal Serantau bagi meluaskan ekosistem halal di pasaran antarabangsa.

Bersama komitmen ini, ia tidak sekadar membantu Malaysia meneroka peluang baharu tetapi turut melengkapkan keperluan pasaran halal di peringkat global.