Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terus meluaskan komitmen mereka dalam meningkatkan saluran perkhidmatan bersama pengguna. Terbaharu, perluasan sistem e-Janji Temu kini diperkasakan dengan menuntut pembayar cukai yang ingin berurusan bersama pihak LHDN secara fizikal mahupun atas talian untuk laksana permohonan berurusan mulai 1 Mei ini.
Permohonan akses ini jelas LHDN, boleh dirujuk pada portal MyTax dengan menyemak bahagian Peti Mel, Senarai Surat, Surat Berkaitan pembayar cukan. Dan sekiranya terdapat notis daripada LHDN dan memerlukan penjelasan lanjut maka kumpulan pembayar cukai ini boleh laksana sesi janji temu pada ikon e-Janji Temu bersama pegawai LHDN berkaitan.
Adanya akses ini ia akan memperi pembayar cukai pilihan untuk berurusan dengan pihak LHDN dengan lebih mudah sama ada secara fizikal mahupun atas talian. Langkah itu akan memberi penjimatan masa dan membantu kumpulan pembayar cukai merancang pelan urusan rasmi mereka bersama LHDN.