Kesan peningkatan permintaan produk global, Taobao Malaysia kini merancang meningkatkan pengalaman membeli-belah pengguna tempatan dengan melancarkan antara muka dalam Bahasa Malaysia, dijangka sekitar Jun 2025.
Penambahbaikan ini jelas aplikasi Taobao tidak sekadar memberi kemudahan kepada pengguna negara tetapi turut meningkatkan keperluan pengguna melibatkan pembelian merentasi sempadan.
Berdasarkan rekod semasa, aplikasi Taobao kini menjadi aplikasi e-dagang kedua antarabangsa yang paling banyak dimuat turun di paparan iOS. Kedudukan ini secara jelas menunjukkan keyakinan dan penggunaannya di Malaysia kian rancak.
Tidak sekadar di Malaysia, aplikasi ini juga semakin popular di peringkat global antaranya kalangan pengguna di Amerika Syarikat (AS), Kanada, dan United Kingdom (UK).