Artikel

Hanya 1 Kelas Teori Dilaksanakan Untuk Lesen Motosikal Dan Kereta – Mulai 1 Ogos Ini

Walaupun dasar 1 kelas teori telahpun dimulakan sejak tahun 2023 lagi, namun pada tempoh tersebut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) difahamkan masih menggunakan modul berasingan untuk lesen motosikal dan kereta. Susulan itu, mulai 1 Ogos ini pelaksanaan Modul Kursus Teori Kurikulum Pendidikan (KPP01) dimaklumkan akan disatukan pada 1 Ogos 2025 kelak.

Langkah itu secara jelas akan memberi penjimatan kos dan memendekkan tempoh proses mendapatkan lesen pemandu ke atas kumpulan calon.

Perincian berhubung penyatuan modul tersebut akan dikongsikan kepada orang awam kelak. Selain tumpuan itu, JPJ turut memaklumkan akan perkenal portal rasmi baharu bersama saluran tambahan khas untuk tindakan bidaan nombor pendaftaran kenderaan. Di mana laman rasmi ini dijangka akan mesra pengguna dan memudahkan urus-niaga JPJ dilaksanakan.

Buat pengetahuan umum, ini antara perincian dasar 1 kelas teori yang telahpun dimulakan pada tahun 2023: