Yayasan YTL, yang mewakili mendiang Tan Sri Yeoh Tiong Lay kini Pengnskan komitmen mereka sebagaimana yang telah dilaksankan sejak tahun 1997 lagi, iaitu penyediaan akses biasiswa buat kumpulan pelajar cemerlang yang memiliki kekangan kewangan bagi melanjutkan pelajaran mereka ke tahap Ijazah Sarjana Muda.
Biasiswa Yayasan YTL 2025 ini untuk makluman telahpun dibuka sehingga 30 April kelak.
Berlandaskan komitmen itu, akses biasiswa ini diperincikan terbuka kepada warganegara Malaysia bersama pencapaian akademik cemerlang dalam keputusan SPM, IGCSE, STPM, Matrikulasi, Asasi, A-Level atau IB
Di mana penerima biasiswa yang terpilih, akan meraih pembiayaan penuh yuran pengajian, elaun sara hidup, peluang latihan industri berbayar, program pembangunan kempimpina eksklusif, dana sokongan peranti pintar seperti komputer riba dan telefon pintar serta perolehan pelan data percuma.
Pelarasan kriteria dan manfaat ini, Yayasan YTL menyasarkan tahun 2025 akan lebih ramai pelajar meraih manfaat tersebut susulan pencapaian 2024 memperlihat peningkatan ketara berbanding rekod sebelumnya. Di mana jumlah permohonan tahun 2024 telah mencapai 2,621 pelajar iaitu peningkata 55% berbanding tahun sebelumnya. Prestasi itu sekaligus mencerminkan keyakinan pelajar ke atas komitmen YT terus meningkat pada sektor pendidikan.