Sebagai langkah mengurangkan pencemaran plastik di Malaysia, kini penduduk negara tidak dibenarkan untuk membawa mahupun menggunakan beg plastik sekali guna di kawasan Hutan Simpan, Taman Negara, Taman Negeri, Taman Laut, Tapak Warisan Geologi serta Geotapak di seluruh Malaysia.
Penguatkuasaan ini menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah dipersetujui sidang Mesyuarat Menteri Alam Sekitar dan Ahli Majlis Mesyauarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawan Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE) pada minggu ini (17 April).
Larangan ini juga terpakai pada premis di pasar raya, kedai serbaneka termasuklah di stesen minyak, restoran makanan segera, kedai rangkaian, dan farmasi. Pelaksanaan ini jelas kementerian akan diperhalusi serta disesuaikan mengikut negeri kelak.