Jepun tidak sekadar berdepan tekanan ketidaktentuan pasaran tetapi berkenaan jumlah penduduknya, yang kini mencatatkan seramai 123.8 juta penduduk setakat Oktober 2024. Rekod itu untuk makluman menjadi tahun ke-14, secara berturutan menurun dengan kemerosotan sebanyak 550,000 penduduk berbanding tahun 2023.
Buat pengetahuan umum, penurunan jumlah ini melibatkan jumlah penduduk warga asing. Manakala rekod yang sekadar melibatkan rakyat Jepun sendiri pula – telah alami penurunan sekitar 898,000 orang berdasarkan rekod yang dicatatkan sejak tahun 1950 lagi.
Jelas Jepun, ketika ini hanya wilayah Tokyo dan Saitama sahaja memaparkan peningkatan pada jumlah kepadatan penduduk. Sementara 45 wilayah lain pula terus alami penurunan jumlah penduduk.
Bertindak balas akan situasi tersebut Jepun telahpun mengerakkan beberapa inisiatif antaranya memberi bantuan kewangan kepada pasangan muda di Jepun yang ingin memiliki tanggungan anak. Diikuti menambahbaik khidmat kebajikan keluarga dan menggaji pekerja asing untuk mengatasi kekurangan tenaga kerja pada sektor ekonomi.