Setelah beroperasi selama 33 tahun di pasaran negara jiran ini – Tupperware, jenama global barangan bekas simpanan makanan kini secara rasminya telah menghentikan operasi mereka di pasaran Indonesia.
Jelas laporan Kompas, penamatan operasi ini adalah sebahagian langkah syarikat induk Tupperware Amerika Syarikat (AS) dalam melaras kembali operasi mereka kesan isu muflis dan masalah hutang yang didepani.
Tidak sekadar di Indonesia, operasi dibeberapa negara lain turut akan dihentikan. Buat pengetahuan umum operasi Tupperware di Indonesia telahpun dihentikan sejak 31 Januari lalu sebelum secara rasminya menamatkan rangkaian mereka di pasaran tersebut.