Kesan pengambilan kadar gula yang semakin tinggi pada segmen makanan di Malaysia ketika ini dilihat menjadi antara pencetus berlakunya peningkatan peratusan isu gigi sensitif kalangan rakyat Malaysia – di mana terdapat 69% berdepan isu ini berterusan dan 61.8% pula sanggup untuk menahan sakit daripada mendapatkan rawatan!
Hasil dapatan Sensodyn bersama Persatuan Pergigian Malaysia ini secara kelas menunjukkan masih ramai pengguna negara tidak peka akan disebalik tindakan melengahkan isi gigi sensitif tersebut. Maka bagi memastikan situasi ini tidak memberi kesan yang lebih mendalam terhadap kumpulan pengguna – kini rakyat Malaysia boleh mendapatkan pemeriksaan gigi percuma di seluruh Malaysia libatkan lebih 500 klinik terpilih.
Penawaran ini untuk makluman akan bermula pada 21 April sehingga 21 Mei 2025 kelak dan lebih menarik, selain kemudahan pemeriksaan tersebut Sensodyn turut mengembalikan semula ubat gigi Fresh Mint bersama rumusan baharu yang ditambah baik buat kelegaan pengguna. Pelancaran ubat gigi ini jelas Sensodyn didasari akan permasalahan yang didepani dan disesuaikan dengan keperluan pengguna seiring tabiat pemakanan semasa.

