Artikel

Menjelang 2027 – Toyota Ingin Miliki 15 Model Kenderaan Elektrik Di Pasaran 

Dalam tempoh 2 tahun lagi, Toyota Motor berhasrat untuk merealisasikan sasaran mereka dengan miliki sekitar 15 model kenderaan elektrik (EV) di pasaran global.

Sasaran pelancaran 15 model EV ini meliputi pengeluarannya tidak sekadar di hab seperti Jepun, China bahkan turut di Amerika Syarikat (AS) dan Asia Tenggara.

Lebih menarik, matlamat lain yang turut ingin dicapai adalah meningkatkan pengeluaran EV kepada sekitar 1 juta EV menjelang tahun 2027. Sasaran ini untuk makluman adalah 7 kali ganda berbanding rekod yang dicapai pada tahun 2024.

Setakat ini pengeluaran EV Toyota melibatkan sekitar 5 model EV dan masih tertumpu di Jepun serta China, maka dengan perluasan pengeluaran di beberapa negara lain dijangka dapat membantu operasi menambahbaik nilai pertukaran asing operasi dan menghindari risiko tarif AS yang kelak akan memberi kesan kepada pertumbuhan kumpulan.

Jika matlamat ini dapat dilaksanakan – ia secara langsung akan menyokong jangkaan dunia, menurut GlobalData jualan EV akan mencapai 31.76 juta unit pada tahun 2030 kelak. Yang mana rekod itu mewakili lebih 30% daripada jualan kereta baharu di pasaran.