Selaras dengan peningkatan harga pasaran semasa, harga runcit bagi petrol RON97 kini dimaklumkan naik 5 sen, daripada RM3.28 seliter kepada RM3.33 mulai tempoh 3 April sehingga 9 April 2025 ini.
Penetapan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism ini bagaimanapun terus memperlihatkan harga petrol RON95 untuk tempoh tersebut kekal di paras RM2.05 seliter diikuti harga Diesel di Semenanjung kekal paras RM3.03 seliter dan di Sabah, Sarawak serta Labuan kekal paras RM2.15 seliter.
Menerusi pelarasan itu, pentadbiran menerusi Kementerian Kewangan (MOF) optimis untuk terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 mengikut pasaran semasa tanpa menggugat kestabilan harga bersama pengguna.