Menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, sudah pasti selain makanan dan juadah tradisional – tradisi memberi duit raya dilihat antara budaya sering dinantikan oleh semua pihak. Tanpa mengira muda mahupun golongan tua. Menyedari kepentingan tradisi ini, AEON Bank kini mengaktifkan ciri e-Duit Raya pada aplikasi bank digital mereka, untuk memudahkan pemberian duit raya dilaksanakan secara nirtunai (tanpa tunai).
Berdasarkan pengenalan ciri itu, pengguna boleh merujuk pada aplikasi dan memilih bahagian ‘Transfer’ seperti biasa sebelum terdapatnya 4 pilihan ucapan Hari Raya yang akan dipaparkan pada bahagian rujuan transaksi buat penerima. 4 pilihan ucapan raya itu hadir dengan simbol seperti ketupat dan anak bulan.
Dengan adanya akses ini, pengguna AEON Bank tidak lagi perlu risau sekiranya tidak sempat menukar duit raya anda mahupun setelah stok duit raya telah habis. Hanya dengan menggunakan aplikasi AEON Bank, tradisi pemberian duit raya kekal dapat diteruskan tanpa mengira masa dan di mana jua.
