Artikel

Tabung Haji Umum Agih Keuntungan 3.25%, Tertinggi Sejak 2018 

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25% – setelah mengambilkira pelunasan zakat sebanyak 2.57%. Buat pengetahuan umum, ini menjadi catatan terbaik sejak 2018 berdasarkan agihan dividen di bawah TH.

Sebelum ini, agihan keuntungan telah alami pengekalan di paras 3.10% selama tempoh 4 tahun.

Dengan makluman lonjakan prestasi itu, dijangka lebih 9.54 juta para pendeposit TH akan menerima manfaat tersebut. Jelas TH, rekod positif ini telah didorong akan peningkatan pada pelaburan patuh Syariah melibatkan intrumen pendapatan tetap dan turut disumbangkan menerusi pelaburan entiti.

Secara menyeluruh nilai agihan ini memperlihatkan peningkatan jumlah RM2.92 bilion berbanding RM2.72 bilion pada tahun lalu.