Artikel

Maybank Maklum Halaman Bayaran Atas Talian Berwajah Baharu, Setelah DOBW Ganti FPX – Mulai 31 Mac Ini

Bermula 31 Mac 2025, Maybank memaklumkan halaman pembayaran atas talian pengguna mungkin akan kelihatan berbeza sekiranya pengguna berbelanja secara atas talian atau membuat pembayaran dengan Maybank2u melalui FPX.

Ini kerana, perkhidmatan pembayaran sedia ada oleh Payments Network Malaysia (PayNet) FPX itu sedang lalui fasa penambahbaikan dan akan digantikan secara berperingkat dengan DuitNow Online Banking/Wallets (DOBW).

Biarpun berlakunya perubahan pada paparan halaman log masuk namun proses pembayaran yang lain dimaklumkan kekal sama.

Buat pengetahuan umum DOBW ialah perkhidmatan pembayaran terkini oleh PayNet yang menggantikan FPX, ia membolehkan pengguna membuat transaksi dengan lebih selamat bersama peniaga melalui pengalihan mudah ke platform perbakan atas talian atau aplikasi dompet digital termasuklah Maybank2u.