Bersama sokongan Cradle Fund dan 1337 Ventures, kini sekitar 8 syarikat pemula tempatan telah terpilih untuk sertai TeXnovasi di bawah program pemecut GXBank dan Grab Malaysia selama 6 bulan bagi memperkasakan inovasi pada ekosistem fintech di pasaran.
Lapan startup yang terpilih ini untuk makluman adalah Cashku, Du-it, Enprivacy, FinDoctor.my, Finory.tech, Kapitani, PulseLink dan Swipey.
Kesemua syarikat yang terlibat ini memberi tumpuan pada perlindungan kewangan, pengesanan penipuan, penyelewengan digital serta membantu perkasakan arena Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk memajukan akses dan operasi perniagaan yang lebih mampan.
Adanya pernyertaan kumpulan ini pada program pemecut inovasi kewangan, ia sekaligus akan meluaskan dan menambahbaik inisiatif semasa untuk kemudahan di pasaran masa hadapan. Secara menyeluruh program ini akan dimulakan pada bulan ini dan akan melalui proses pembangunan projek inovasi mereka yang dijangka dapat dibentang pada Mei kelak dan selanjutnya akan ketahui 3 pemenang berdasarkan penilaian selama 6 bulan tersebut.