Artikel

Hanya 26% Pekerja Gig Di Malaysia Dilindungi Perkeso

Ternyata sekitar 301,600 daripada 1.16 juta pekerja di Malaysia sahaja yang direkodkan laksana caruman sukarela bagi meraih perlindungan pekerja di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Data ini jelas menunjukkan, tahap kesedaran masih lagi sederhana, maka untuk menangani isu ini, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) optimis menerusi pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig kelak – ia dapat meningkatkan tahap perlindungan dengan mewajibkan caruman secara automatik dengan syarikat pengendali.

RUU ini untuk makluman akan dibentang pada sidang Parlimen mendatang dengan menyasarkan perolehan kelulusan pada Jun 2025 kelak. Adanya pemerkasaan ini, ia tidak sekadar meluaskan lagi akses perlindungan kepada pekerja tetapi meningkatkan kesedaran ke atas kumpulan majikan akan kepentingan hak pekerja biarpun bukan berstatus tetap.

Sekadar imbasan, tahun 2024 hampir 1 juta pencarum telah meraih manfaat di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dengan 13% daripada adalah kalangan pekerja gig.