Artikel

Aplikasi BIMB Kini Bolehkan Pengguna Sumbang Sedekah Secara Automatik – Sempena Ramadan 

Bersempena bulan Ramadan ini, Bank Islam menerusi aplikasi perbankan baharunya BIMB Mobile kini memperkenalkan ciri sedekah yang membolehkan para pengguna menjadualkan sumbangan sedekah anda secara automatik di bawah akses Jom Cari Lailatul Qadar.

Pengenalan ciri sedekah ini untuk makluman akan tersedia pada dua pilihan iaitu sama ada laksana sedekah sepanjang Ramadan atau secara khusus pada 10 malam terakhir. Di bawah ciri ini, para pengguna akan diberi beberapa pilihan saluran pembayaran sedekah tersebut samada ke masjid, rumah kebajikan atau sebagainya.

Berdasarkan penawaran itu, Bank Islam memaklumkan ciri ini hanya tersedia di BIMB Mobile sahaja, maka untuk meraih akses tersebut – semua pihak boleh memuat turun dan mengemaskini aplikasi BIMB Mobile bagi menikmati pengalaman berinfaq yang lebih lancar.