Artikel

Caj Kesesakan Sedang Diteliti – Berpotensi Kurangkan 20% Isu Trafik KL

Malaysia ketika ini dalam usaha meneliti pelaksanaan caj kesesakan, bagi mengatasi isu trafik yang semakin meruncing di bandaraya Kuala Lumpur.

Pada semakan itu mengikut notis Parlimen – kadar caj ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan trafik fi KL sehingga 20%. Namun hasil itu harus didasari berasaskan kadar caj yang berpatutan dan tidak terlalu rendah.

Menurut Menteri Wilayah Dr Zaliha – pelarasan kadar caj ini perlu diteliti sebaik mungkin supaya tidak menjadi penghalang kepada matlamat pentadbiran negara untuk menangani isu kesesakan trafik ini.

Setakat ini kerajaan sependapat untuk menerapkan caj tersebut sekiranya sesebuah bandar raya telah memiliki integrasi sistem pengangkutan awam yang lengkap. Ini bermakna kawasan bandaraya yang tidak memiliki akses tersebut adalah tidak wajar untuk dikenakan caj ini. Namun pertimbangan peringkat awal akan tertumpu di bawah Pelan Induk Trafik KL 2040 terlebih dahulu.

Di mana tumpuan ini melibatkan isu kesesakan bandar KL ketika waktu puncak dan apa kesan pelaksanaan ke atas sistem pengangkutan awam kelak. Secara menyeluruh Malaysia berdepan kerugian sehingga RM20 bilion setahun kesan kesesakan lalu lintas ini, yang membawa kesan kepada perkembangan ekonomi negara.

Caj Kesesakan merujuk kepada pengenaan bayaran ke atas kenderaan ketika memasuki zon sesak di bandar utama.