Setelah lebih sedekad menapak di pasaran negara – hasil penyertaan itu, Grab kini telah menyumbang sekitar RM9.9 bilion pada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Jumlah ini untuk makluman mewakili 0.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
Data 2023, di bawah tinjauan EconWorks ini menjelaskan sumbangan ekonomi itu merentasi 4 perkhidmatan utama yang dijalankan Grab iaitu GrabCar, GrabFood, Grab Express dan GrabMart. Sebagai pecahan, sekitar RM4.6 bilion disumbangkan hasil segmen khidmat penghantaran dan RM4.2 bilion pula disumbangkan hasil perkhidmatan bersama rakan peniaga.
Menerusi platform Grab, didapati sehingga 277, 237 peluang pendapatan telah berjaya direkodkan pada pasaran pekerjaan Malaysia dengan anggaran 1 daripada 64 tenaga kerja negara meraih manfaat pada aktiviti berkaitan Grab. Tidak hanya itu, adanya peluang tersebut akses ini dianggarkan telah membantu menjana sekitar RM3.7 bilion pendapatan bersama isi rumah di Malaysia.
Secara menyeluruh, perkembangan perniagaan ini dilihat tidak sekadar meluaskan lagi kapasiti pendapatan penduduk negara tetapi turut mengukuhkan lagi landskap ekonomi digital Malaysia di pasaran hadapan.


Penafian: Advertorial Dari Grab Malaysia