Artikel

Melaka, Negeri Sembilan, Perlis Dan Putrajaya – Kini Sifar Miskin Tegar

Dalam mempergiatkan usaha membasmi kemiskinan dan menoktahkan miskin tegar di Malaysia – setakat ini usaha tersebut dilihat semakin membrangsangkan apabila terdapat 4 negeri berjaya meraih status sifar miskin tegar. Ia terdiri daripada negeri Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Putrajaya.

Sementara negeri dan wilayah lain turut dilihat memaparkan kemajuan pada agenda tersebut. Sehingga akhir 31 Disember 2024, menurut Bank Data Kemiskinan Nasional eKasih – seramai 1,793 bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar direkodkan.

Berdasarkan pecahan data itu, KL terus mencatatkan rekod tertinggi dengan bilangan 507 KIR. Diikuti Kedah (314), Johor (298), Selangor (168) dan Terengganu (124). Manakala negeri lain pula mencatatkan paras jumlah KIR di bawah 100.