Artikel

U Mobile Akan Terima Notis Anugerah Bangunkan 5G Kedua – Jangka Akses Tersedia Pada Separuh Kedua 2025

Bertindak balas akan persoalan bilakan pengguna akan meraih manfaat rangkaian kedua 5G daripada U Mobile – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memaklumkan untuk peringkat awal, bulan Februari ini pihak U Mobile akan menerima Notis Anugerah untuk pembangunan rangkaian kedua 5G di Malaysia.

Kelulusan yang tertakluk di bawah Pelan Perniagaan Terperinci itu secara langsung akan membuka ruang untuk U Mobile melaksanakan pembangunan rangkaian.

Namun untuk persoalan ketersediaan perkhidmatan ini bersama pengguna, MCMC menjelaskan U Mobile perlu menyelesaikan beberapa obligasi di bawah Perjanjian Pemegang Saham yang telah dicapai oleh pihaknya bersama penyedia rangkaian mudah alih dengan DNB terlebih dahulu. Proses ini dijangka akan mengambil masa sekitar 5 bulan untuk diselesaikan.

Ini bermakna ketersediaan khidmat rangkaian tersebut hanya dapat diperlihat pada separuh kedua 2025 kelak. Maka ke arah penyelesaian itu, U Mobile boleh menjalankan kerja-kerja awalan di tapak berlandaskan Pelan Perniagaan Terperinci yang telah diluluskan oleh MCMC.