Dalam usaha mengukuhkan kedudukan kewangan ibu kota – Kuala Lumpur kini dalam pertimbangan untuk laksana pelarasan baharu ke atas cukai hartanah dengan menghapuskan had cukai penilaian hartanah yang dikuat kuasakan pada tahun 2014 lalu.
Pada perancangan itu menurut laporan TheStar ia langsung berpotensi meningkatkan cukai hartanah kediaman dan premis komersial di KL susulan akan didasari dengan penilaian pasaran semasa tidak lagi tertakluk kepada had cukai yang ditetapkan.
Namun, semakan itu untuk makluman masih lagi dalam perbincangan bersama kerajaan Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih menanti kelulusan daripada pentadbiran negara. Pihaknya menegaskan pelaksanaan ini akan dijalankan secara berperingkat bagi menghindari berlakunya bebanan kewangan ke atas pemilik hartanah yang terlibat.
Sekiranya ia berupaya direalisasikan, langkah ini akan membawa kepada pertambahan RM80 juta pada pendapatan bandar KL bagi setiap tahun. Dan perolehan itu, ia akan digunapakai untuk menambahbaik kemudahan dan akses di bandar KL secara berperingkat.