Goodyear, syarikat tayar global kini dalam perancangan menjual jenama Dunlop bersama tanda dagangan dan harta inteleknya kepada syarikat Jepun iaitu Sumitomo Industries. Penjualan ini dimaklumkan akan melibatkan jualan bernilai sekitar $701 juta.
Penjualan yang dijangka selesai pada pertengahan 2025 ini untuk makluman akan melibatkan hak dagangan bagi pasaran di Eropah, Amerika Utara dan Ocenia. Pada penyelesaian jualan ini, Goodyear akan membekalkan tayar Dunlop kepada Sumitomo di Eropah untuk tempoh 5 tahun.
Menerusi peralihan itu, langkah ini akan membantu Goodyear meningkatkan fokus operasi ke atas pertumbuhan jenama teras. Biarpun telah mencapai kesepakatan penjualan tersebut, Goodyear memaklumkan pihaknya akan terus mengekalkan hak keatas tanda dagang Dunlop bagi perniagaan tayar motosikal di pasaran yang terlibat. Seterusnya pihaknya akan terus mengeluarkan, mengedar dan menjualan tayar Dunlop di pasaran Eropah sekurangnya sehingga akhir Disember 2025.
Difahamkan terdapat potensi untuk dilanjutkan sehingga akhir Disember 2026 namun ia tertakluk akan persetujuan kedua pihak pada penyelesaian peralihan jenama Dunlop tersebut.