Artikel

Apple Jadi Jenama Paling Bernilai Pada 2024 – Atasi Amazon

Tahun 2024 memaparkan pelbagai dinamik menarik pada pasaran global, untuk segmen teknologi ternyata Apple terus menakluki kedudukan pertama selaku jenama teknologi yang paling bernilai dengan anggaran $16.58 bilion.

Pencapaian ini sekaligus mengatasi Amazon yang sebelum ini menduduki tempat teratas. Data di bawah TradingPedia ini menjelaskan Apple mengalami peningkatan 73.6% berbanding tahun 2023 dengan penilaian $297.51 bilion.

Selain Apple, Microsoft pula menduduki tempat kedua dengan nilai jemana direkodkan $340.44 bilion, diikuti Google tempat ketiga pada nilai $333.44 bilion, Amazon tempat keempat dengan $308.93 bilion dan Samsung pula di kedudukan kelima $99.37 bilion.