Artikel

NUBE Cadang Hapus Caj RM1 Pengeluaran Wang ATM – Sasar Raih 1 Juta Sokongan Awam

Menyedari pengenaan caj RM1 bagi setiap pengeluaran wang tunai di ATM dilihat menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) kini melancarkan kempen mencadangkan caj RM1 itu dihapuskan.

Selain untuk menepis penindasan tekanan kewangan, NUBE melihat pengenaan caj ini sekadar memberi ‘keuntungan atas angin’ kepada pihak korporat. Buat pengetahuan umum, tahun 2023 sahaja, PayNet melaporkan hasil kasar operasi sekitar RM544 juta diikuti keuntungan bersih sebanyak RM271 juta.

Langkah ini penting berikutan kebanyakan B40, M40 menjadi antara pengguna besar ATM, di mana berbeza dengan golongan pendapatan tinggi yang kini lebih cenderung menggunakan perbankan internet untuk transaksi.

Maka semakan lanjut akan pengenaan tersebut wajar diteliti bagi memastikan hak pengguna terus diperlihara tanpa menjejas kuasa tunai mereka. Pada tindakan itu, NUBE menyasarkan 1 juta sokongan tandatangan dari pelbagai pihak sebelum menyerahkannya kepada Kementerian Kewangan (MOF).