Bermula 1 Julai 2025 ini, tarif elektrik asas di Semenanjung Malaysia akan meningkat 14.2% kepada 45.62 sen/kWj bagi tempoh 2025 hingga 2027.
Pelarasan naik daripada kadar semasa 39.95 sem/kWj ini adalah hasil penelitian yang dicapai pada rangka kerja kawal selia sektor kuasa kelak. Menerusi makluman ini, sebarang percanggahan dalam kadar dari Januari hingga Jun 2025 akan dilindungi oleh Kumpulan Wang Industri Elektrik.
Dan dianggarkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperuntukan perbelanjaan modal pada RM42.82 bilion, manakala perbelanjaan mengurus diperuntukkan pada RM20.78 bilion untuk pelarasan tarif baharu tersebut.