Artikel

Malaysia Termasuk 9 Negara Lain – Jadi Rakan Kongsi BRICS Mulai 1 Januari 2025

Malaysia bersama 8 negara yang lain kini dimaklumkan akan menjadi rakan kongsi negara BRICS secara rasmi bermula 1 Januari 2025.

Buat pengetahuan umum BRICS adalah blok ekonomi yang diawalnya dianggotai Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan – yang bertindak memastikan kestabilan ekonomi dan kuasa politik sesebuah negara terus diperlihara tanpa dicabar akan krisis, sentimen melibatkan negara maju di Amerika Utara dan Eropah Barat.

Agenda ini tidak sekadar mengukuhkan kedudukan dan prestasi ekonomi bahkan turut ingin mengekang dominasi mata wang yang dikelola dolar Amerika Syarikat (AS) pada pasaran global.

Selain Malaysia, 8 negara lain yang turut terlibat adalah Indonesia, Thailand, Cuba, Uganda, Uzbekistan, Belarus, Bolivia dan Kazakhstan. Selain 9 negara ini, dilaporkan terdapat 4 negara lain telah menerima jemputan tersebut dan dijangka akan menerima maklum-balas penyertaan mereka dalam masa terdekat.