Artikel

BNM Akan Umum Tindakan Atasi Isu Kenaikan Harga Insurans Perubatan – Pada Minggu Hadapan

Minggu hadapan, Bank Negara Malaysia (BNM) akan berkongsikan butiran lanjut berhubung langkah interim untuk mengatasi kenaikan kadar premium insurans ke atas rakyat negara.

Perkongsian itu turut akan memperlihatkan tanggungjawab Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Kewangan (MOF) serta pihak berkepentingan lain iaitu pengendali insurans dan takaful (ITO) serta kumpulan sektor kesihatan melibatkan pakar perubatan, farmaseutikal dan hospital swasta.

Secara asasnya, MOF memberi gambaran akan terdapat tindakan secara berperingkat dan sokongan bantuan disalurkan kepada kumpulan pengguna tertentu. Namun tidak diperincikan akan penjelasan lanjut berhubung gambaran tersebut.

Selain sokongan sedemikian, terdapat juga arahan menuntut pengendali insurans dan takaful untuk perluaskan lagi pilihan insurans perubatan kepada pengguna – untuk memastikan akses pelan pembayaran fleksibel tersedia kepada pengguna di pasaran semasa.