Setakat akhir November lalu, didapati Kuala Lumpur (KL) menjadi wilayah negeri yang paling ramai kumpulan miskin tegar dengan seramai 474 Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin Tegar.
Selain KL, negeri Kedah (341), Sabah (289) dan Johor (275) turut menjadi negeri yang tertinggi merekodkan jumlah KIR miskin tegar di Malaysia. Sementara itu, Sarawak (58,877) dan Kelantan (58,684) pula menjadi negeri tertinggi merekodkan bilangan status miskin di Malaysia.
Keadaan mengikut data e-Kasih adalah didorong kesan tekanan kos bandar serta perolehan pendapatan minimum disebilangan lokasi, menjadikan tanggungan bulanan lebih tinggi dan kapasiti simpanan lebih kecil.
Seterusnya, Putrajaya, Melaka, Perlis dan Negeri Sembilan pula memaparkan prestasi yang sebaliknya – apabila berjaya merekodkan sifar miskin tegar pada data semasa. Ini disokong hasil penawaran insentif dan peluang meningkatkan pendapatan bulanan rakyat pada pasaran semasa. Manakala status miskin pula dilihat lebih rendah untuk penduduk di Putrajaya (38), Labuan (1,772), KL (6,382), Melaka (9,306) dan Negeri Sembilan (11,604).
Golongan miskin tegar – adalah mereka yang berpendapatan bulanan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan iaitu RM500.00 dan pendapatan perkapita RM100.00.
Miskin tegar juga boleh termasuk dalam golongan rentan yang terdiri daripada wanita, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), orang miskin dan belia.
