Tanpa sedar kurang dari 30 hari sahaja lagi, rakyat Malaysia akan menoktahkan tahun 2024. Tahun ini negara memaparkan aliran ekonomi yang mengukuh namun perlu diakui, lebih ramai rakyat Malaysia sebenarnya lebih memilih untuk berhati-hati dalam berbelanja. Situasi ini didorong hasil tekanan kos semasa yang mengundang penurunan kuasa beli para pengguna.
Biarpun paras inflasi di Malaysia lebih rendah berbanding sebilangan negara iaitu ditakuk 1.8% sehingga 2% – namun peningkatan kos terus diperlihat pada sebahagian barangan keperluan di pasaran semasa. Meskipun tidak menafikan cabaran tersebut, Rnggt merasakan terdapat pendekatan yang boleh digunakan para pengguna untuk mengatasi cabaran tekanan kos tersebut – antaranya dengan memanfaatkan tawaran promosi akhir tahun!
Ya, bersama Grab pengguna negara kini boleh meraih pelbagai promosi harga terendah menerusi GrabRewards. Bersama faedah tersebut, akses ini akan membolehkan pengguna perolehi penjimatan dengan pelbagai potongan harga pada penawaran perkhidmatan yang tersedia di bawah aplikasi Grab. Mari Rnggt rungkaikan ~
Lebih Banyak Guna GrabCar – Lebih Besar Ganjaran Tersedia Pada GrabRewards
Semua orang suka berbelanja – adanya yang suka berbelanja tanpa berfikir, ada yang akan mencatu terlebih dahulu sebelum berbelanja dan ada pula lebih gemar berbelanja dengan bijak iaitu menggunakan tawaran promosi.
Bagi langkah berbelanja secara bijak, Grab kini memaklumkan bermula sekarang sehingga 31 Disember 2024 kelak, para pengguna berpeluang nikmati pelbagai ganjaran GrabRewards dengan meningkatkan perjalanan anda bersama GrabCar. Dengan berstatus ahli GrabUnlimited, maka dalam tempoh tersebut anda berpeluang nikmati sehingga 9X ganjaran GrabRewards bagi setiap RM1 yang dibelanjakan menerusi ciri GrabCar.

Tetapi perlu diketahui, ganjaran ini hanya tersedia di Lembah Klang, Pulau Pinang serta Sabah dan Sarawak sahaja.
Dengan perolehan pelbagai ganjaran bersama GrabRewards, ia membolehkan para pengguna menebus mata ganjaran tersebut pada perkhidmatan Grab yang lain – seperti khidmat GrabFood, GrabMart dan banyak lagi. Perolehan 9X ganjaran itu akan diraih setelah anda berbelanja dengan pembayaran melalui GrabPay, GXBank dan PayLater by Grab.
Sementara perolehan ganjaran sehingga 7.5X GrabRewards pula akan dimiliki jika para pengguna GrabUnlimited memilih membayar secara tunai, kad kredit serta kad debit.

Kuasa Beli Pengguna Lebih Tinggi – Dengan Akses GrabUnlimited
Seperti yang dinyatakan, para pengguna akan meraih ganjaran berganda sekiranya anda adalah pengguna ahli GrabUnlimited. Ia tidak sekadar tawaran promosi yang disediakan, tetapi tahukah anda terdapat banyak lagi manfaat yang boleh diakses pengguna Grab pada segmen GrabUnlimited untuk sepanjang tahun ini?

Sekiranya anda adalah pengguna GrabUnlimited, anda boleh meraih khidmat penghantaran percuma tanpa had dengan potongan sehingga RM3, diikuti perolehan 10X ganjaran potongan sehingga 35% bagi pesanan makanan yang dilaksanakan.
Selain itu di bawah GrabMart pula, pengguna boleh meraih 10X ganjaran potongan 10% bagi pilihan pungutan makanan di premis fizikal. Manakala di bawah GrabCar pula pengguna turut boleh meraih 1X ganjaran potongan RM5 dari mana-mana lokasi lapangan terbang Malaysia.
Kemudahan ini turut memberi pulangan berbeza bagi setiap kaedah pembayaran yang digunakan pengguna. Lebih menarik, pengguna GrabUnlimited yang laksana pembayaran menerusi GrabPay bagi pembelian secara atas talian mahupun premis fizikal dimaklumkan berpotensi menerima ganjaran misteri.
Diskaun Berganda Kini Ditawarkan Buat Semua Pengguna Grab – Pada Akhir Tahun Ini
Tidak sekadar tertumpu kepada pengguna GrabUnlimited semata, Grab turut menggandakan penawaran diskaun mereka bersama semua pengguna aplikasi untuk menikmati perkhidmatan pada harga yang lebih berpatutan – bagi tempoh akhir tahun 2024 ini.
Antaranya adalah memberi penjimatan sehingga 15% kepada semua pengguna GrabFood untuk segmen pesanan makanan secara berkumpulan dengan kemasukan pesanan maksimum sehingga 6 individu dalam satu masa. Penjimatan itu tidak termasuk dengan promosi potongan harga yang disediakan pada setiap waktu. Ini menjadikan lebih banyak diskaun dapat diraih pengguna Grab dalam perkhidmatan makanan dan minuman.

Selain pesanan pukal itu, pengguna juga boleh berjimat dengan menggunakan promosi makan di premis fizikal bersama keluarga anda – berupaya mendapat potongan sehingga 20% bagi lokasi di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kuching. Manakala lokasi premis makanan di Ipoh, Melaka dan Kota Kinabalu pula meraih tambahan potongan 20% susulan menjadi kategori bandar baharu yang ditawarkan oleh Grab buat pengguna.
Penjimatan bagi pembelian barangan di GrabMart sempena musim perayaan juga turut disediakan dengan tawaran diskaun RM12 bersama RM8 menerusi pembayaran menggunakan PayLater by Grab. Diikuti diskaun RM30 juga diberi kepada pengguna bagi pembelian secara atas talian minimum RM200, sementara diskaun RM24 pula untuk pembelian atas talian dengan had RM160 yang dilaksanakan oleh pengguna Grab.

Menerusi penawaran sedemikian, ia secara langsung memberi kelebihan kepada pengguna Grab biasa dan pengguna GrabUnlimited. Jadi tunggu apa lagi, ayuh manfaatkan tawaran promosi bersama GrabRewards sebelum berakhirnya tahun 2024. Selamat berbelanja dengan bijak semua!
Penafian: Advertorial Dari Grab Malaysia