Artikel

TNG eWallet Kini Bolehkan Pengguna Berbelanja Di Korea Selatan – Bersama Sokongan KTO

Pelancong Malaysia di Korea Selatan tidak lagi perlu khuatir untuk berbelanja dengan mudah – ini kerana Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) bersama Pertubuhan Pelancongan Korea (KTO) kini memaklumkan telah mencapai persetujuan dengan menyediakan akses pembayaran di Korea Selatan.

Perkongsian ini sekaligus menjadikan TNG eWallet sebagai dompet digital Malaysia pertama yang disokong oleh KTO. Di mana meluaskan akses pengguna bersama 1.9 juta peniaga di bawah ZeroPay dan lebih 3 juta peniaga Visa di seluruh negara.

Adanya kemudahan ini, secara langsung akan memberi manfaat kepada pelancong Malaysia di Korea Selatan. Setakat September 2024 sahaja, didapati lebih 201,769 rakyat Malaysia telah melancong ke Korea dengan perlihatkan peningkatan 23.8% berbanding tahun lalu.

Selain dengan akses mengimbas kod QR, pengguna juga boleh menggunakan kad TNG eWallet Visa untuk mengembangkan pilihan pembayaran mereka kepada lebih 3 juta peniaga Visa di seluruh Korea Selatan.