Donald Trump, pemimpin baharu Presiden Amerika Syarikat (AS) kini memberi amaran berpotensi mengenakan 100% tarif import ke atas negara anggota BRICS – sekiranya melanjutkan rancangan untuk mewujudkan sistem kewangan baharu pada pasaran. Tindakan itu secara langsung tidak lagi bergantung dan menggunakan dolar AS dalam perdagangan.
Mengikut laporan United Press International (UPI) penegasan itu dikongsikan Trump pada laman X rasminya. Di mana AS memerlukan komitmen dari negara-negara anggota BRICS bahawa mereka tidak akan mencipta mata wang baharu mahupun menyokong mana-mana mata wang lain. Langkah itu dilihat berupaya melemahkan kedudukan dolar AS pada pasaran semasa.
Namun begitu tiada penjelasan lanjut berhubung amaran tersebut dan situasi ini secara langsung diperhatikan berupaya membawa kesan kepada Malaysia. Berikutan turut menjadi antara negara yang ingin menyertai BRICS.
Buat pengesahan umum, BRICS merupakan gabungan lima negara awal yang dianggotai Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan seterusnya disertai Iran, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Ethiopia pada tahun ini.