Artikel

Isu Banjir: Cuti Semua Menteri, Timbalan Kini Dibekukan

Beberapa hari ini, isu banjir di sebilangan negeri memperlihatkan peningkatan dari semasa ke semasa. Melihat pada risiko tersebut, Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini memaklumkan cuti semua Menteri dan Timbalan Menteri dibekukan- bagi mengutamakan keperluan kebajikan rakyat untuk menangani isu banjir.

Menerusi arahan itu, semua Menteri dan Timbalan turut diarahkan untuk memantau kawasan bencana yang terlibat.

Perihal ini secara tidak langsung akan memudahkan sebarang akses bantuan yang diperlukan oleh orang awam pada kawasan yang terjejas.

Ketika ini terdapat 9 negeri yang berdepan isu banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Di mana senarai ini membawa kepada lebih 85,000 mangsa banjir direkodkan setakat ini.