Artikel

Perkeso Sasar Beri Perlindungan 24 Jam Buat Pekerja – Menjelang Pertengahan 2025

Bagi memastikan kumpulan pekerja meraih akses yang luas, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyasarkan khidmat perlindungan 24 jam berpotensi disediakan – menjelang pertengahan 2025.

Jangkaan ini mengikut pengurusan Perkeso bersama laporan NST adalah seiring dengan matlamat kerajaan untuk meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja tidak lama lagi. Di mana langkah itu berupaya meluaskan Skim Bencana Pekerjaan kepada semua waktu bagi sepanjang hari.

Malah setelah pindaan dilaksanakan, akses perlindungan tersebut difahamkan tidak hanya tertakluk akan isu kemalangan semata tetapi perlindungan libatkan isu yang tidak berkaitan dengan kerja dan berlaku di luar waktu bekerja – turut akan disediakan kelak.

Menerusi sasaran ini, dijangka hampir 9 juta pekerja Malaysia berupaya menikmati perlindungan sedemikian dan usaha ini secara langsung tidak sekadar membantu meningkatkan produktiviti pasaran bahkan menjadikan Malaysia salah satu daripada beberapa negara pertama di dunia yang menawarkan perlindungan 24 jam kepada pekerja.