Berikutan terdapat tuntutan untuk pihak berkuasa mengenakan syarat tambahan ke atas warga emas yang berusia 65 tahun dan ke atas bagi jalani penilaian kompentensi dan kesihatan – sebelum memperbaharui lesen memandu mereka. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini menjelaskan tiada sebarang syarat tambahan dikenakan buat masa ini.
Ini bermakna tiada sebarang syarat baru dikenakan ke atas warga emas bagi tindakan memperbaharui lesen memandu mereka. Proses memperbaharui lesen memandu tersebut kekal tertakluk pada syarat sedia kala.
Cadangan itu bagaimanapun menurut JPJ – akan menjadi sebahagian tumpuan operasi kelak tetapi buat masa ini tiada sebarang tindakan tambahan dikuatkuasakan untuk pemegang lesen memandu warga emas.
Usul itu sedang diteliti dan perlu disemak berlandaskan kajian kementerian semasa. Sekiranya terdapat kesepakatan kelak, JPJ memaklumkan akan berkongsikan status semakan tersebut bersama semua pihak.