Johor hari ini memaklumkan akan menyediakan sejumlah RM1.99 bilion peruntukan belanjawan negeri bagi tahun 2025.
Makluman rasmi yang dikongsikan pada pagi ini, secara jelas meliputi usaha meluaskan pembangunan ekonomi di negeri, selain meningkatkan kecekapan pasaran semasa. Tidak hanya itu, kerajaan negeri juga dalam pertimbangan untuk melaksanakan perubahan akan waktu bekerja sektor awam. Dengan perubahan kepada 4 hari setengah seminggu, supaya dapat meningkatkan lagi kecekapan produktiviti tanpa mengugat keseluruhan tempoh jam bekerja semasa.
Langkah ini dilihat selari dengan pelaksanaan cuti hujung minggu yang turut alami perubahan kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025 kelak.
Selain perubahan tersebut, Johor juga bercadangn perkasakan perkhidmatan digital pada aliran urusan rasmi pentadbiran negeri. Tumpuan itu tidak sekadar memudahkan pengguna awam tetapi turut membantu pekerja negeri meringankan tugasan mereka dalam perihal tertentu antaranya melibatkan isu dokumentasi dan permohonan.
Sementara untuk sektor swasta pula, Johor berhasrat meningkatkan waktu rehat pada hari juamaat daripada 1 jam 30 minit kepada 2 jam. Langkah itu untuk memastikan kumpulan pekerja beragama Islam memiliki masa yang memadai dalam menunaikan kewajpan Solat Jumaat tanpa perlu tergesa.