Seperti yang umum ketahui, ketika ini terdapat 415,109 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah menamatkan pengajian dan memulakan kerjaya direkodkan tidak pernah membuat sebarang bayaran balik setakat 31 Ogos 2024 lalu. Apa yang membimbangkan adalah 45.7% daripada jumlah tersebut merupakan kumpulan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Peratusan itu menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mewakili jumlah 189,580 peminjam yang terdiri daripada penerima STR. Sementara 225,529 peminjam (54.3%) pula bukan kumpulan penerima STR.
Jelas KPT pada sidang Parlimen, ketika ini pihaknya hanya memiliki data status latarbelakang perolehan bantuan kalangan peminjam sahaja dan tidak memiliki perincian lanjut berhubung kelas gaji yang dimiliki oleh kumpulan peminjam ini.