Bermula Disember 2024 ini, perkhidmatan perbankan CIMB yang sebelum ini boleh diakses daripada CIMB Clicks akan alami peralihan ke aplikasi CIMB OCTO – secara berperingkat.
Menurut notis rasmi, peralihan perkhidmatan ke aplikasi CIMB OCTO ini antaranya akan melibatkan pembayaran bil menerusi JomPay, diikuti pemindahan dana termasuklah pemindahan ke akaun sendiri dan DuitNow dan IBG.
Tidak hanya itu akses perkhidmatan melibatkan pembayaran pinjaman dan kad kredit juga turut akan beralih menggunakan aplikasi CIMB OCTO kelak.
Maka menerusi peringatan ini, semua pengguna CIMB Clicks perlu memuat turun aplikasi CIMB OCTO bagi memastikan tiada sebarang kesulitan berlaku pada aliran transaksi di masa hadapan.

Seperti yang umum ketahui, sejak Jun 2024 lalu CIMB telahpun bertindak menamatkan penawaran aplikasi CIMB Clicks. Kini aturan itu akan memperlihatkan peralihan perkhidmatan dilakukan sepenuh secara berperingkat buat kemudahan pengguna.