Selain barangan keperluan kediaman, barangan asas makanan dan permainan – MR DIY kini mengorak langkah perniagaan mereka pada pasaran kosmetik, di mana akan membuka satu lagi jenama baharu iaitu The Colorist menjelang akhir 2024 ini.
Aturan ini menurut analisis RHB Research, akan melibatkan sasaran kumpulan dalam pembukaan 190 cawangan kedai baharu pada tahun 2025 kelak. Selain pembukaan 20 cawangan baharu KKV, cawangan The Colorist juga akan jadi tumpuan kumpulan pada pasaran Malaysia kelak.
Adanya kepelbagaian segmen perniagaan di bawah MR DIY ini, ia dijangka akan memberi nilai tambah kepada keuntungan operasi secara berkala. Berlandaskan data kewangan menyeluruh perolehan hasil operasi setakat September 2024 telahpun meningkat kepada RM1.13 bilion susulan dipacu jumlah urus niaga yang lebih tinggi bersama kemasukan premis baharu.
