Untuk memastikan kelancaran khidmat perbankan dapat dicapai semua pihak – Maybank kini memaklumkan langkah penyelenggaraan akan dilaksanakan ke atas sebilangan perkhidmatan mereka. Aturan itu sekaligus akan memberi kesan kepada transaksi melibatkan pengguna pada tarikh 16 November dan 17 November.
Terdapat 3 perkhidmatan yang akan alami gangguan seketika bagi tindakan kemas-kini, ia merangkumi Maybank2u, perkhidmatan perbankan mudah alih Maybank2u dan ATM serta terminal layan diri (SST).
Maybank menjelaskan penyelenggaraan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh dua hari tersebut. Di mana pada 16 November bermula jam 12.01 pagi sehingga 7 pagi, dan tempoh yang sama pada 17 November.
Sehubungan itu, semua pengguna diminta untuk merancang aturan transaksi anda dengan lebih awal bagi mengelakkan sebarang isu gangguan kelak. Sekiranya berlaku kesulitan, para pengguna boleh merujuk pada khidmat pelanggan di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).